PENGENALAN
MISI
VISI
OBJEKTIF
- Pusat Laktasi Kebangsaan telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2008 di Aras 5 Hospital Selayang dan telah diumumkan oleh Y.Bhg. Dato’ Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia semasa majlis pelancaran ‘Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan’ sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada 1 Ogos 2008 di Auditorium Hospital Selayang.
MISI
- Menjadi pusat sumber sokongan dan informasi bagi mempromosi dan memperkukuhkan program Penyusuan Susu Ibu.
VISI
- Menjadi sebuah pusat kecemerlangan laktasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan jalinan sokongan daripada KKM, WHO dan UNICEF.
- Menjadi pusat pentadbiran dan rujukan utama program penyusuan susu ibu di Malaysia.
OBJEKTIF
- Membantu Kementerian Kesihatan, NGO dan Sektor Swasta untuk bergiat cergas memperkembangkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
- Membantu mempromosi, menyokong dan melindungi budaya penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat.
- Mengadakan kerjasama dan membentuk jaringan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa bagi aktiviti Penyusuan Susu Ibu.
- Menyelaras latihan berkaitan program Penyusuan Susu Ibu.
- Sebagai pemudahcara di dalam memperkukuhkan aktiviti program penyusuan susu ibu di Hospital Kerajaan dan Swasta, Klinik Kesihatan dan Organisasi lain.
- Membangunkan “Pusat Kecemerlangan Laktasi” untuk menggalakkan penerimaan penyusuan susu ibu yang mencapai piawaian mengikut polisi penyusuan susu ibu Malaysia.
- Membangunkan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan dan menyamatarafkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia dan di peringkat dunia mengikut terma dan rujukan Pusat Laktasi Kebangsaan yang telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.