KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU
KEBAIKAN KEPADA BAYI:
KEBAIKAN KEPADA IBU:
- Susu ibu adalah pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi.
- Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesiti dan darah tinggi.
- Telah tersedia pada bila-bila masa, tidak memerlukan sebarang penyediaan.
- Berubah-ubah mengikut keperluan bayi.
KEBAIKAN KEPADA IBU:
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.
- Mengurangkan risiko patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis).
- Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil.
- Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.
- Menjarakkan kehamilan.
- Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi.
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF BAGI 6 BULAN PERTAMA KELAHIRAN
- Kandungan nutrien dalam susu ibu sudah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makana lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengganggu penyerapan zat besi.
- Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu. Oleh itu, pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.
- Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.
- Selepas 6 bulan, bayi perlu menerima makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu kerana susu ibu sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang optimum untuk bayi.