POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan.
Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi hanya:

- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap
10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA
Langkah 1:
Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.
Langkah 2:
Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
Langkah 3:
Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu.
Langkah 4:
Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.
Langkah 5:
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.
Langkah 6:
Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
Langkah 7:
Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in).
Langkah 8:
Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).
Langkah 9:
Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
Langkah 10:
Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.
Perkara 11:
Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
Perkara 12:
Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): menyokong dan mengamalkan kelahiran dan penjagaan mesra ibu.
Perkara 13: (Optional)
HIV dan Pemakanan Bayi: semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

POLISI PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER-FRIENDLY CARE)
- Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan.
- Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).
- Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut.
- Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.
- Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomi, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.