Minggu Penyusuan Susu Ibu 2014 Peringkat Kebangsaan
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2014 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung pada 18 Ogos 2014 bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Laktasi Kebangsaan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 ialah Breastfeeding: A Winning Goal for Life. Majlis pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Beberapa sesi seminar dan forum telah diadakan sepanjang hari sambutan bagi mengupas tema tersebut.
Dianggarkan seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli PUSPANITA, ahli persatuan penyokong susu ibu dan orang awam telah sama-sama memeriahkan sambutan minggu penyusuan ini. Disamping itu, pameran poster, booth pameran dan booth jualan turut mengambil bahagian dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung.
Dianggarkan seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli PUSPANITA, ahli persatuan penyokong susu ibu dan orang awam telah sama-sama memeriahkan sambutan minggu penyusuan ini. Disamping itu, pameran poster, booth pameran dan booth jualan turut mengambil bahagian dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung.
Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan telah berlangsung pada 30 Ogos 2014 bertempat di Dewan Anugerah KPJ Johor Specialist Hospital. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pusat Laktasi Kebangsaan, KPJ Johor Specialist Hospital dan Persatuan Penyokong-penyokong Penyusuan Ibu & Bayi Malaysia. Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Urusan KPJ Health Care Berhad. Sambutan di peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan ini adalah bertemakan “Scoring the Winning Goal in Breastfeeding in Malaysia”. Satu forum tentang sejauh mana fungsi dan sumbangan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Malaysia telah diperbincangkan agar penambahbaikan dapat dilakukan dalam usaha memartabatkan penyusuan susu ibu. Pertunjukan “baby carrier & breastfeeding” telah dipertontonkan dihadapan pengunjung yang hadir, malah mendapat sambutan hangat daripada mereka. Disamping itu, turut diadakan sesi pengadilan Pertandingan Foto Menarik Penyusuan Dimana-mana, yang mana penghantaran penyertaan telah pun berlangsung sebulan sebelum hari sambutan diadakan. Sambutan ini telah dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan anggota kesihatan dari seluruh Malaysia. Lebih dari 10 buah booth jualan turut dibuka bagi memeriahkan lagi sambutan ini.
Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan
Pada 1-2 November 2014 telah berlangsungnya Konvesyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. Program anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan ini adalah julung-julung kali diadakan yang menghimpunkan hampir semua kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia. Pada hari pertama program,Breastfeeding Support Workshop yang bertemakan “Breastfeeding Support: The Key to Successful of Breastfeeding in Malaysia” telah diadakan bagi bersama-sama berbincang dan membentangkan rangka kerja dan pelan tindakan masing-masing pada tahun 2015. Pada hari kedua pula, Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah berlangsung dimana wakil kumpulan sokongan bagi setiap negeri diminta membentangkan program-program yang telah diadakan sepanjang tahun 2014. Konvensyen ini telah dihadiri oleh 300 orang peserta dan telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pemakanan, Puan Rokiah Don. Penyampaian sijil bagi Kumpulan Sokongan Aktif dan sijil Pengiktirafan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah dianugerahkan kepada kumpulan-kumpulan yang layak bagi menghargai segala sumbangan mereka dan diharap dapat memberi suntikan semangat kepada kumpulan yang lain.
Public Talk on Breastfeeding and Women’s Health
Pada sesi petang 2 November 2014, turut berlangsung Public Talk on Breastfeeding and Women’s Health di perkarangan Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras. Program ini menampilkan kakitangan Pusat Laktasi Kebangsaan sendiri sebagai penceramah dimana seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada orang awam telah mengambil bahagian. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah Kesihatan Wanita, Relaktasi dan Cetusan Laktasi, Penyusuan dikalangan Ibu Bekerja, Cara Memperbanyakkan Susu dan Cara Mengatasi Masalah dalam Penyusuan. Tutut diadakan persembahan peragaan pakaian penyusuan yang ditaja oleh Suri, Mumdreams dan Mumsluv. Disamping itu, pertandingan mewarna turut diadakan bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah turut disediakan untuk pengunjung yang hadir.
Pre-Congress OGSM Lactation Management Workshop
Sempena 23rd Congress of the Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia, Pusat Laktasi Kebangsaan dengan kerjasama OGSM telah menganjurkan “Pre-Congress Lactation Management Workshop” pada 5 Jun 2014 di One World Hotel Petaling Jaya. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta telah hadir bagi bersama-sama meluaskan pengetahuan tentang hak ibu yang menyusu ketika bekerja. Pre-congres ini adalah bertemakan “Mother’s Right to Work, Worker’s Right to Motherhood” yang memberi penekanan kepada peranan majikan dalam membantu menyokong penyusuan susu ibu dikalangan ibu yang bekerja. Ibu-ibu juga disaran untuk menyuarakan hak mereka dan berbincang dengan majikan bagi mempertahankan hak bayi mereka. Pre-congres ini mendapat perhatian daripada pihak berwajib seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Booth pameran dan booth jualan juga dibuka bagi memeriahkan lagi program.